Asas seni
Isnin, 21 Julai 2014 • 11:10 PTG • 0 comments
ASAS SENI REKA
A. UNSUR SENI1. Garisan- Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu- Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan.Contoh-contoh GarisanGarisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar kepada murid tingkatan satu dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak asing dengan teori seni dan guru haruslah mengaitkan keadaan di persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi memperjelaskan bagaimana hubung kaitan objek-objek di persekitaran dengan seni visual. Pengenalan Garisan 1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan. 2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.
garisan bulatan utama bagi melakar struktur
badan seekor ayam
menyambung
garisan-garisan berikutnya bagi struktur leher dan kepala
seterusnya menambah
garisan pada ekor dan kaki
dengan
mengenalpasti arah cahaya dan jalinan, maka terbentuklah lakaran seekor
ayam
3. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia. i. Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia: Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak fabrik, jala, penapis dan sebagainya. ![]()
garisan pada
bangunan
ii. Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi: Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya
garisan pada
titisan hujan
garisan pada urat
daun
garisan pada kulit
harimau
Jenis-jenis Garisan 1. Garisan halus 2. Garisan tebal 3. Garisan beralun 4. Garisan berpancar 5. Garisan berlingkar 6. Garisan berserabut 7. Garisan bersudut-sudut 8. Garisan bergerigi 9. Garisan berbiji 10. Garisan berbulu 11. Garisan putus-putus 12. Garisan berduri
jenis-jenis
garisan
Fungsi Garisan 1. Garisan menimbulkan rupa. 2. Garisan menimbulkan bentuk. 3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang. 4. Garisan mewujudkan ruang. 5. Garisan menghasilkan jalinan. 6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak. 7. Garisan mewujudkan ton. 8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.
garisan
menghasilkan rupa
garisan
menghasilkan bentuk
garisan menimbulkan
ilusi ruang, cahaya dan bayang
garisan
menghasilkan jalinan
garisan yang
mencipta corak
garisan yang
mencipta corak
Garisan, Ton dan Ruang 1. Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton yang gelap. 2. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap. 3. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan menampakkan ruang yang hadapan.
penggunaan
perbezaan saiz garisan boleh membezakan ruang yang jauh/belakang dan
dekat.hadapan
perbezaan jarak
garisan juga boleh membezakan ton yang cerah dan ton gelap
semasa menghasilkan
lukisan, objek yang lebih hadapan hendaklah menggunakan garisan yang lebih tebal
atau saiz pensel yang tebal atau kualiti yang gelap manakala kawasan belakang
hendaklah menggunakan pensel yang lebih cerah / kecil dengan tekanan yang lebih
perlahan
Aplikasi Garisan Dalam Karya Seni 1. Lukisan 2. Catan 3. Anyaman 4. Tenunan 5. Kolaj 6. Pualaman 7. Arca 8. Gurisan 9. Cetakan 10. Resis (batik / ikat celup) Contoh-contoh Aplikasi Garisan Dalam Hasil Karya
penggunaan garisan dalam karya lukisan
Teknik Catan oleh
Yusuf Ghani, Siri Topeng
karya teknik resis
/ ikat dan celup jelas memperlihatkan kesan-kesan garisan
karya tenunan juga
mencipta garisan
aplikasi garisan
dalam seni arca
Art is fun
Isnin, 14 Julai 2014 • 11:55 PTG • 0 comments ![]() Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti, seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual sekolah menengah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imiginasi dan konsepsi pelajar. Dengan ini, pelajar diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. ![]()
Ben Shahn (Lithuanian) 1889-1968,
Supermarket, serigraph in black,1957, 25 1/4 x 38 3/4
Perhatikan lukisan di atas. Apakah peranan garisan dalam gambaran tersebut? Perhatikan tajuk lukisan ini. Ben Shahn melukis dan mengolah pelbagai arah garisan secara menegak dan melintang sehingga menghasilkan satu gambaran yang biasa kita lihat. Garisan digunakan sepenuhnya untuk menggambarkan objek yang sering terdapat di pasar raya iaitu troli.
Garisan,Jalinan,Rupa,Bentuk,Ruang,Warna, dan
Garisan adalah salah satu elemen seni reka. Ia adalah kesan titik-titik
yang berlanjutan dan bertindak sebagai titik yang bergerak, dihasilkan
menggunakan alat atau media seni lukis. Garisan terdapat dimana-mana sahaja
samada yang terhasil secara semulajadi atau dihasilkan oleh manusia. Garisan
mempunyai pelbagai jenis sifat dan identiti yang tersendiri serta memberi
pengertian yang berbeza-beza. Jenis-jenis garisan ini juga merujuk kepada
sifat-sifat fizikal sesuatu garisan itu seperti kasar, halus, panjang, pendek,
lurus, bengkok, terang, gelap, tebal, putus dan sebagainya. Garisan juga mampu
menyatakan sesuatu idea atau perasaan. Ia boleh bersifat statik atau aktif.
Garisan menjelaskan secara visual sesuatu objek.Aplikasi pelbagai jenis garisan
yang bersesuaian dapat mencipta rupa, jalinan, ton dan corak serta menimbulkan
bentuk, ruang dan pergerakan.
|
SOME WORDS! ![]() Welcome to my paradise. What do you want in here? Okeh, steal anyhting what you can steal. bold italic underline Profile
Stuff
Tagboard
example CBOX; ![]() Rewind Credits ![]() Big helped: Aulia Septiya Edited: Farhanim Azman |