Art is fun
Isnin, 14 Julai 2014 • 11:55 PTG • 0 comments ![]() Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti, seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual sekolah menengah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imiginasi dan konsepsi pelajar. Dengan ini, pelajar diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. ![]()
Ben Shahn (Lithuanian) 1889-1968,
Supermarket, serigraph in black,1957, 25 1/4 x 38 3/4
Perhatikan lukisan di atas. Apakah peranan garisan dalam gambaran tersebut? Perhatikan tajuk lukisan ini. Ben Shahn melukis dan mengolah pelbagai arah garisan secara menegak dan melintang sehingga menghasilkan satu gambaran yang biasa kita lihat. Garisan digunakan sepenuhnya untuk menggambarkan objek yang sering terdapat di pasar raya iaitu troli.
Garisan,Jalinan,Rupa,Bentuk,Ruang,Warna, dan
Garisan adalah salah satu elemen seni reka. Ia adalah kesan titik-titik
yang berlanjutan dan bertindak sebagai titik yang bergerak, dihasilkan
menggunakan alat atau media seni lukis. Garisan terdapat dimana-mana sahaja
samada yang terhasil secara semulajadi atau dihasilkan oleh manusia. Garisan
mempunyai pelbagai jenis sifat dan identiti yang tersendiri serta memberi
pengertian yang berbeza-beza. Jenis-jenis garisan ini juga merujuk kepada
sifat-sifat fizikal sesuatu garisan itu seperti kasar, halus, panjang, pendek,
lurus, bengkok, terang, gelap, tebal, putus dan sebagainya. Garisan juga mampu
menyatakan sesuatu idea atau perasaan. Ia boleh bersifat statik atau aktif.
Garisan menjelaskan secara visual sesuatu objek.Aplikasi pelbagai jenis garisan
yang bersesuaian dapat mencipta rupa, jalinan, ton dan corak serta menimbulkan
bentuk, ruang dan pergerakan.
|
SOME WORDS! ![]() Welcome to my paradise. What do you want in here? Okeh, steal anyhting what you can steal. bold italic underline Profile
Stuff
Tagboard
example CBOX; ![]() Rewind Credits ![]() Big helped: Aulia Septiya Edited: Farhanim Azman |